Monday 27 February 2023

Akhirnya F tetap FAILED

 Yup.. Firdaus also FAILED.. tetap jadi sejarah bagi aku..

Antara yang memeritkan, mungkin kerana ak bodoh.. masih tidak serik, masih sering ingin percaya pada setiap kata manis, kata janji malahan kata sumpah dari seorg lelaki.

Tapi, apa patut ak buat? kalau saban hari bersumpah atas nama Allah bahawa takkan mensia-siakan aku? takkan memungkiri janji2? takkan menyakitkan hati ak? takkan mungkir janji pada umi ak?

kalau korg? 

Mampu bertahan sebulan lebih saja.. tp hari2 yg ak lalui dengan dia seolah da bertahun meyemai cinta.

Hari takkan berlalu tanpa kata2 rayuan dari Dia bahawa dia takkan tinggalkan ak, bahawa dia gilakan aku, sayang ak sepenuh hatinya,.. terlalu risaukan aku tinggalkan dia. Hari2 diungkapkan tak sabar utk melangsungkan perkahwinan.. tak sabar nak cepatkan urusan nikah.. bermacam2 lagi janji ditabur. 

dari tarikh keramat 6hbJan 2023 aku kenal dia, sehingga 10.30pm 14hbFeb 2023, phone call diletak dengan kata terakhir "i love you" tapi esoknya...iaitu hari lahir ak yg ke 37.. yg ak wish utk dengar kata2 wish dari dia.. tapi hampa... 

Dia GHAIB, dia HILANG, dia GHOSTING... ak gelisah.. ak risau.. " sakitkah dia?" " excident?" or dia pergi hospital utk operate batu karang n appendix dia? ke anxiety dia datang lagi bila dia balik jumpa parents dia?

banyak di fikiran ak, semua kerana risau.. tak ak curigai walau sedetik.. percayanya ak pada dia.. 

berbondon2 ak msg dia, di wasap, di true caller, di msg.. ak call.. tp semuanya tak berangkat tak berjawab.. kdg2 masuk, kdg2 phone ditutup..

berhari2, ak berendam air mata.. knapa buat ak mcm ni? tolong lah reply hanya 1 perkataan.. ckup utk ak bersyukur. 

then.. hari ke3, tb2 dia terangkat call ak.. tp terus dia letak.. dan kemudian blocked ak.. ye wey, dia BLOCKED ak? tapi kenapa? tapi itu cukup.. ckup buat ak tawar hati..

JIKALAU ORG TAK SUDI TAK APA.. 

mungkin ini jawapan Allah bagi pada ak.. Dia BUKAN JODOH aku..  hadirnya sekadar menjengah..

mendewasakan dan myedarkan ak hakikat berpasangan. 

Aku cuba berubah, ak muhasabah diri kenapa perhubungan cinta ak gagal sebelum ni..kerana ak ingin ini yang terakhir. Ak nekad utk bernikah tahun ini, tahun 2023. 

Aku cuba mengikhlaskan hati diatas kekurangan dia, ak belajar beralah dan ikot gaya dia. Ak terima setiap kekurangan dia tapi ya, ak masih disakiti... 

Ak terima yang dia ada anxiety yg teruk hingga sesak nafas, 

Aku terima yang dia tidak boleh ditinggi suara, tidak boleh dimarah2 atau bercakap kasar.

Aku ubah diri ak lebih lembut dan ayu, menjaga cakap malah menahan dan memendam hati sendiri.

Aku terima dia sakit macam2..

Aku terima dia ada berdamping dgn panglima hitam, orang tua dan hala. tapi ak mintak dia buang demi masa depan.

Kerana dia.. 


sambung Part 2 : Keje Gila



Thursday 19 January 2023

Hati Susah Dimengertikan

Entah siapa yg salah...

Ku tak tahuu... 

......

Hati terlalu sukar dimengertikan

Susah utk terbuka, sukar utk memilih..

tapi bila sudah jatuh hati, sering pula ia terluka

.......

Rindu ini terlalu meresahkan..

CInta ini sering mencengkam melumat perasaan halus di kalbu..

Aku tak tahu mengapa..kenapa.. namun sakitnya Cinta sering ku rasa..

...........


Wednesday 18 January 2023

Aku dan F


hahaha.. tengok list ni je ak nak gelak.. ada la selingan2 huruf2 lain tapi mostly F ak tapau habis hahaha..

Jodoh yg tak pasti betul la F ni.. tp ak harap F 2023 ni yg terakhir la dalam hidup ak.. Cukup2 sudah F yg lain melukai sejarah hdup ak. 


Tuesday 17 January 2023

JATUH CINTA SERING MERESAHKAN

 AK SELALU BERMASALAH BILA AK JATUH CINTA

AK SELALU RESAH

AK SELALU RASA SERBA TIDAK KENA

AK JADI PANAS BARAN

AK SELALU OVERTHINKING

I HATE FALLING IN LOVE


Tuesday 10 January 2023

AK KELIRU LAGI

 AKU CELARU DAN KELIRU LAGI ~ TAHUN BARU KU BERMULA DENGAN RASA YANG TAK KETENTUAN


27HB DEC 2022

Kak Linda , Exboss ak merangkap agent insurans ak hubungi ak utk menghantar kalendar tahun baru dan seperti biasa bertanya khabar.  Dan jawapan aku juga seperti biasa " macam mana nak berkahwin kalau bf pun tak ada, hahaha". Beriya kak linda suruh ak download Omi, katanya kawan dia dapat pasangan melalui Omi. hmm.. 

Bertahun dl, ak pernah dah download Omi tu, tapi takde rasa apa2 menarik jadi uninstall. Begitu juga MiChat, lagi la ak rasa just apps for fun and release ur lust desires.

Tapi, mungkin kali ni OK. So ak install semula Omi pada 28hb Dec 2022.

Sebelum tu, sempena tahun baru. Doa dan azam ak, aku tulis dalam buku dengan details. Ak beritahu pada Allah swt, ak nak berkahwin pada tahun 2023 ni,. aku list kan ciri2 pasangan yg ak nak tu dengan details. Ak harap Allah swt mengabulkan doa-doa ak.

Berbalik pada Omi,  dari 28hb hinggalah 5hb Jan 2023, ramai lelaki yang telah chat aku dan kami berbual. Tapi tak ada satu pun dapat menarik hati aku utk kenal lebih lagi.

4hb ak donlod Michat, sekadar suka2.. mmg tak berharap dapat pasangan melalui michat. then melalui pokok, ak kenal seseorg yg kepalanya sangatla fun utk ak buat member dan tempat meluah. Aku namakan dia A, dia sangat memahami, dan pandai memberi nasihat. ak bebas utk jadi diri sendiri. tapi kami deal utk tidak reveal identiti sebenar kami utk menjaga each other feel and secret.

Banyak rahsia telah bocor, satu persatu dark secret ak ceritakan dan luah pada dia.. Dan dia akan guide ak. Ak banyak meminta nasihatnya terutama berkaitan emosi yg selama ini ak pendam sendiri. Selesa sangat berkawan dgn dia. Dia kata, dia cuma on Michat sbb dia bercuti habiskan AL seminggu, dan jarang berbual dengan orang sebanyak dia melayan ak hahaha. Ak juga nak uninstall michat bila dia da bekerja naty. tak ada apa yg ada di sana utk ak. Tak sesuai juga utk budak baik mcm ak.

Kami comfortable with each other. And keep continuing chatting till friday. Utk jaga elakkan dia igt ak masa bekerja, dia mintak ak uninstall michat lebih awal. dan ak cakap ak akan rindu dia. hahaa ak akan hilang tempat meluah. dan dia kata dia pun akan rindu ak sbb tak pernah jmp org mcm ak. Tapi kami da berjanji, takkan jumpa. our relationship takkan pergi jauh walaupun dia dan ak sama2 single hampir 4 tahun.

On the same time, ak masih aktif berchatting dan berkenalan dgn org2 baru di Omi. 6hb , si dia hadir dalam hidup ak. Aku gelar dia F. Asalnya ak tak langsung menyangka dia akan hadir sbg org yg membuka pintu hati ak. Caranya pada awal perkenalan seperti A. Jadi aku free katakan yg ak sememangkan sedang mencuba utk mencari pasangan tapi hati ini masih keras membeku. Dan ak katakan ak tidak confident dengan diri sendiri sekarang kerana fizikal ak jauh berubah dari dulu.

Dia minta gambar ak, jadi ak selfie di opis dan hantar pdnya seminit kemudian delete hahaha.. jadi sempatlah dia tengok ak sekilas selain dari gambar2 di Omi.

tapi.. tiba2.. selepas tengok je gambar ak, da jadi gila bayang.. love at the first sight katanya.. well, reaksi normal je bagi ak.. ayat lelaki kan..  and ak sedar je diri.. bkan cun sangat pun.. ramai je cakap ak comel tp ak ttp susah nk percaya cakap lelaki. prejudis sgt ak ni kan.. tp..cara dia cakap dia serius, dan keseriusan yg terus terang nk serius dgn ak, dia buat ak rasa tk salah bg peluang berkenalan. So ak bagi F nombor telefon utk wasap.

Berbalik kepada A, disebabkan da rasa selesa, masing2 berat hati utk keluar dari MiChat jadi kami masih kekal smp hari ak tulis ni, 10hb. A tmpt ak bergurau lepas, bercerita, bertanya pendapat dan bermanja hahaha... ye.. 

F pulak, tb2 jadi terlalu serius.. Risau ak kene sambar orang.. 







Thursday 6 October 2022

Purnama Merindu ~ Rindu pada siapa???

 

Purnama Merindu – Siti Nurhaliza - release 1998

Remake by Harry Khalifah 2022

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu… telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku… tak berubah… arah

Purnama mengambang… cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu…
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi… merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu


masa mula2 lagu ni pemes, tahun 1998, masa tu ak darjah 6. 

dari dulu sampai sekarang, masya allah feeling dia lain macam.. tiap kali dengar mesti feeling dan mengalir air mata.

Masa tu umi abah bukak kedai kat Kweng Hitam, Machang, Kelantan. Malam2 jual colek berlauk. Depan kedai ada jalan besar, sebelum jalan tu ada longkang besar.

Masa restoran pasang lagu ni kuat2, ak akan duduk sorang2 tepi longkang melayan perasaan. sampai sekarang aku ingat perasaan duduk ditepi longkang tu. seperti lagu ini, ak jua hanya berteman bintang berkelipan dan juga awan. 

dan Rindu...

ye, Allah je tahu kenapa ak selalu rasa rindu. RIndu pada seseorg yang ak tak tahu pun siapa dia. BIla dengar lagu ni, aku jadi semakin rindu DIA, siapa dia?? Wallahualam. sampai sekarang umur ak 36 tahun, ak masih lagi rindu pada entah siapa tu. dan ak masih tak berkahwin sampai sekarang.

Diuji dengan jodoh. Ak akan cuba redha, ak yakin Allah akan beri yang terbaik. dan ak yakin, ianya kifarah dosa semalam. Ya Allah, aku meminta padaMu, Aku merayu padaMu, andai ada jodohku di dunia ini.. Kurniakan aku ya Allah, kurniakan ku seorg lelaki yang membahagiakan dunia akhiratku. 


Thursday 8 September 2022

Ketawa & Air Mata...

 Ketawa dan airmata

Itu sebenarnya cintaKalau kau sedih pastiku rasaBegitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburuItu tanda kau sayangikuTahu kau takut kehilangankuBegitu juga aku
Ku juga suka bila kau curigaIa mengajarku erti setiaApapun sikap mu aku terimaAsalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau kutinggalkanItu tiada bermaknaKau kuabaikanMemang sesekali sikapmu membuat aku jemuHingga kau tak kupedulikanUntuk menyedarkan
Belum pernah ada cintaDi dalam kehidupan manusiaSepanjang masa bahagiaTanpa airmata
Ku juga suka bila kau curigaIa mengajarku erti setiaApapun sikap mu aku terimaAsalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau kutinggalkanItu tiada bermaknaKau kuabaikanMemang sesekali sikapmu membuat aku jemuHingga kau tak kupedulikanUntuk menyedarkan
Belum pernah ada cintaDi dalam kehidupan manusiaSepanjang masa bahagiaTanpa airmataTanpa airmataTanpa airmata oh oh

CHoppp!!!!

Actually lagu tu tkde kaitan pun, cume perkaitan dia ialah word ketawa dan air mata tu je.. 
Aku... sebenarnya slalu menangis sorg2 especially bila drive...

kdg2 ak dengar je lagu kt radio, ak menangis...
tgok bnda2 yg baik sikit je kt mana2 vid, ak menangis...
mata ak senang sangat masuk habukk...
jiwa terlalu sensitif...
adakah ia baik utk ku?